Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Daerah Seberang Perai Utara telah ditubuhkan pada 1983. Pada masa itu, segolongan belia yang diketuai oleh En. Loo Ah Dee telah membuat persiapan dan megadakan Mesyuarat Perhimpunan yang pertama pada 19 April 1984. Pada 03 ogos 1984, YMM Daerah Seberang Perai Utara telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan belia dengan No. Pendaftaran (PG 619/60-391). En. Loo Ah Dee turut mempengerusikan YMM Daerah Seberang Perai dengan objektif untuk menambahkan keahlian dan memperkenalkan YMM Daerah Seberang Perai kepada belia-belia yang belum berpersatuan.
Dua tahun kemudian, En Loo Ah Dee yang mengambil alih tugas sebagai pengerusi kedua YMM Daerah Seberang Perai. Dengan kepimpinan En. Loo Ah Dee, ahli-ahli jawatankuasa dan beberapa unit telah ditubuhkan untuk membantu beliau menjalankan tugasnya dengan lebih lancar. Pada tahun 1989, En. Sum Yoo Keong pula diberi amanah untuk menjadi pengerusi yang keempat. Selain daripada terus berusaha memperkembangkan YMM Daerah Seberang Perai Utara, Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa tertinggi YMM pusat di Kuala Lumpur.
Demi keperluan masyarakat belia, beberapa cawangan baru telah ditubuhkan dengan sokongan daripada YMM Daerah Seberang Perai Utara En. Tan Teong Kuai yang mempengerusikan YMM Daerah Seberang Perai Utara dari 1999 hingga 2004 berusaha lalu berjaya cita-cita YMM Daerah Seberang Perai Utara untuk mengadakan pejabat sendiri dengan Tapah Sewa Di Jalan Ong Yi How.
Dengan adanya pejabat sendiri, satu projek untuk memupuk semangat membaca telah diadakan. Pengerusi Kelima En. Tan Thong Hai telah menubuhkan sebuah perpustakaan kecil di pejabat YMM Daerah Seberang Perai Utara. Walaupun saiznya yang kecil, perpustakaan ini mempunyai pelbagai buku termasuk novel, buku sejarah, buku motivasi dan sebagainya. Perpustakaan ini dibuka pada tiap-tiap hari Jumaat bermula dari 8.30 malam hingga 10.30 malam.
Pada tahun 2005, En. Lem Chong Han telah dipilih menjadi pengerusi sehingga hari ini. Beberapa aktiviti yang bukan sahaja menarik penyertaan daripada golongan belia keturunan cina tetapi juga pelbagai keturunan belia turut menyertai, seperti Larian Lebuhraya Jelutong, Pertandingan Mewarna Pesta Tanglung, Kempen Payudara Wanita dan lain-lain lagi.
25 tahun sejak YMM Daerah Seberang Perai Utara ditubuhkan, ia bukan sahaja sesuatu perjalanan yang bukan senang tetapi pelbagai perubahan yang telah dilakukan. Ia bukan sahaja berjaya mengumpulkan 4631 ahli dari golongan belia, malah YMM Daerah Seberang Perai Utara kini mempunyai 13 cawangan yang bekerjasama penuh dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dan Majlis Belia Negeri demi menubuhkan sebuah masyarakat belia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
订阅:
博文评论 (Atom)
没有评论:
发表评论